Pilihan Tudung Yang Sesuai – Saiz Tudung
Saiz tudung adalah bergantung kepada bentuk wajah seseorang itu samada ianya kecil atau besar. Tudung-tudung di pasaran kini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti segi empat, segi tiga, segi empat panjang. Bezanya juga pada bidang tudung; bidang kecil atau bidang besar. Example: Bukaan tudung yang bidangnya terlalu besar adalah amat tidak sesuai dipadankan dengan seseorang yang bertubuh kecil.
Saiz tudung di pasaran juga didatangkan pelbagai. Ada yang menggunakan kain sebayak 1 meter. Namun begitu, tudung segi empat yang berukuran 1.2 meter dirasakan paling sesuai untuk wanita aktif ataupun bekerja. Ini adalah kerana ia mudah diikat dan tidak mudah mengganggu kerja-keja yang hendak dilakukan.
Bagi wanita yang bertubuh besar, saiz tudung yang lebih lebar amatlah sesuai kerana ia memudahkan wanita menutup bahagian dada mereka. Di samping itu juga, saiz tudung yang lebih besar ini akan memudahkan ikatan tudung yang hendak dipakai.
Bagi wanita yang bertubuh kecil/sederhana, adalah digalakkkan menggunakan tudung yang berukuran tidak melebihi 1 – 1.2 meter. Why?Sbb untuk mengelakkan berlakunya lebihan lipatan di kawasan leher dan dada. Yang lebih cantik ialah dengan menggayakan tudung itu labuh tudung menutupi paras dada atau sehingga pertengahan perut.:)
Bagi wanita yang mempunyai saiz badan yang berdada bidang, merekan akan nampak lebih sopan jika menggayakan tudung yang berukuran antara 1.4 meter ataupun segi empat bidang kain 60″. Wanita yang tergolong dalam kumpulan bersaiz besar harus megelakkan diri daripada menggunakan tudung yang sarat atau berambu panjang.
Untuk mengelakkan daripada wajah anda kelihatan sarat kerana dipenuhi motif, faktor motif, bahan hiasan dan warna benang yang tebal atau bercorak adalah lebih cantik sekiranya ia hanya berada di sekita border atau jauh daripada kawasan muka.





